Wednesday, December 2, 2015

Cara tanam pokok di dalam pasu



TANAM POKOK BUAH DALAM PASU

Berikut adalah cara penamanan pokok di dalam pasu yang diajar oleh Mr.Can dari Thailand negara gajah putih.

Mengikut Mr Can, pokok yang ditanam di dalam pasu akan lebih cepat membesar dan berbuah berbanding tanaman di atas tanah.

pokok dalam pasu


Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1- Pasu yang bersesuaian (saiz bergantung kepada jenis pokok yang hendak ditanam)


2-Media tanaman:
   i-Tanah hitam nursery
   ii- Sekam Padi
   iii-Baja tahi ayam

Untuk media, nisbah tanah hitam nursery, sekam padi dan baja tahi ayam adalah seperti berikut:1:2:1

Letak pokok dalam pasu dan isi campuran media sehingga 3 inci bawah dari bibir pasu.
Setelah selesai menanam pokok, letak atau tabur sungkupan seperti rumput kering, daun kering, serbuk kopi, hampas kulit jagung dan sebagainya.

Siram selang sehari.

Berikut adalah pokok yg boleh ditanam dalam pasu:
lemon, limau kasturi, limau nipis, mempelam, betik, belimbing, buah naga, jambu air dan jambu biji.

Pokok yang ditanam di dalam pasu ini tidak perlu dipindahkan ke atas tanah kerana ianya boleh hidup dan berbuah sampai bila-bila. bagi anda yang hidup dibandar dan kekurangan tempat untuk bercucuk tanam, mungkin cara ini boleh membantu anda.

Selamat bercucuk tanam.

credit : sara saad dan Mr.Can
       
   

2 comments:

  1. Nk tanya mmcm mna nk taw tunas utk kluar buah naga tu..?

    ReplyDelete
  2. Salam petani sedunia saya nk tnya..Yg mna lbih baik (sempurna) klw kita tanam batang hijau tua dgn batang hijau muda..

    ReplyDelete